[VIDEO] Menangis kawan tak tunggu solat
SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak kerana rakannya tidak menunggunya untuk menunaikan solat bersama.
Telatah kanak-kanak lelaki itu, Aqmal Farael mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menganggapnya sebagai comel.
Dalam perkongsian video berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh @notbielah di Twitter, bapa kepada kanak-kanak tersebut yang mengambilnya ketika di sekolah pada mulanya khuatir anaknya dibuli.
Aqmal Farael kemudian memberitahu dia menangis kerana berkecil hati dengan rakannya yang tidak menunggunya untuk solat bersama.
Aksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Pael itu kini meraih 226,500 tontonan dan menerima hampir 17,700 ulang kicau serta 16,300 tanda suka.
Netizen rata-ratanya terhibur dan meninggalkan pelbagai komen termasuk ada yang berkongsi pernah mengalami situasi sama.
@Idwhdh1 menulis, "Teringat balik masa darjah dua suruh ibu tunggu nak solat bersama sebab nak ambil wuduk, tengok ibu dah sembahyang dulu. Lepas ibu beri salam solat zohor, ibu tanya kenapa nangis, aku cakaplah sebab ibu tak tunggu. Lepas itu ibu solat dua kali wei sebab nak teman aku."
"Perangai aku kecil-kecil dulu pun macam ini. Kalau aku balik sekolah aku dapat tahu mak dah solat dahulu tanpa menunggu diriku. Memang mengamuklah jawabnya, hahaa," kata @notbielah di Twitter.
ayah dah risau tgk pael nangis time nak amik dia balik sekolah. ingatkan kena buli, rupanya nangis sebab kawan dia solat tak tunggu dia pic.twitter.com/6jcWSSftSQ
— NAK MEE KOLOK (@notbielah) October 17, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!