Seekor lagi ikan paus ditemui mati di perairan Kent Thames

Seekor lagi ikan paus ditemui mati di Sungai Thames, United Kingdom selepas lebih seminggu seekor paus humpback yang dilihat berenang di sungai itu juga mengalami nasib sama.- Foto Agensi
Seekor lagi ikan paus ditemui mati di Sungai Thames, United Kingdom selepas lebih seminggu seekor paus humpback yang dilihat berenang di sungai itu juga mengalami nasib sama.- Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Seekor lagi ikan paus ditemui mati di Sungai Thames, United Kingdom selepas lebih seminggu paus humpback yang dilihat berenang di sungai itu juga mengalami nasib sama.

Jurucakap Pelabuhan London mengesahkan bangkai ikan itu dilihat di sungai di Denton berhampiran Gravesend pada pagi semalam sebelum ditarik oleh pihak berkuasa.

Tambah pihak itu lagi, ia kemungkinan ikan paus sirip.

Jurucakap Pelabuhan London mengesahkan bangkai ikan paus itu dilihat di sungai di Denton berhampiran Gravesend pada pagi semalam, sebelum ia ditarik oleh pihak berkuasa.- -Foto Agensi
Jurucakap Pelabuhan London mengesahkan bangkai ikan paus itu dilihat di sungai di Denton berhampiran Gravesend pada pagi semalam, sebelum ia ditarik oleh pihak berkuasa.- -Foto Agensi

"Paus pertama muncul di Thames tetapi ditemui mati pada 8 Oktober. Haiwan itu mungkin masuk ke dalam sungai ketika berlaku air pasang pada musim bunga baru-baru ini.

"Bedah siasat mendapati paus itu telah dilanggar kapal, bagaimanapun tidak jelas luka pada puas betina itu sebelum atau sesudah kematiannya," katanya.

Tahun lepas, paus jenis beluga yang diberi nama Benny terselamat di Thames selama tiga bulan dan dilihat berenang berhampiran pusat membeli-belah Kent pada November dan Disember. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!