Pelajar maut motosikal bertembung pacuan empat roda

Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Gong Balai, Merchang di sini, semalam.
Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Gong Balai, Merchang di sini, semalam.
A
A
A

MARANG - Pelajar tingkatan tiga maut setelah motosikal ditunggang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Gong Balai, Merchang di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Muhammad Joohaidi Abd Halim, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang dipandu seorang lelaki warga asing tiba-tiba membuat pusingan U lalu merempuh mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 30 tahun itu dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U untuk menghala ke arah Kuantan.

“Pada masa sama, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda ZR yang datang dari arah sama cuba mengelak kenderaan itu namun gagal kerana jarak yang dekat lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!