[VIDEO] 'Semoga ALLAH murahkan rezeki kakak'

Paparan video menunjukkan seorang wanita Muslim memberi anjing jalanan makan mengundang reaksi positif daripada netizen.
Paparan video menunjukkan seorang wanita Muslim memberi anjing jalanan makan mengundang reaksi positif daripada netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang wanita Muslim yang memberi anjing jalanan makanan menyentuh hati pelbagai pihak termasuk pelawak terkenal, Harith Iskandar.

Harith turut berkongsi video kebaikan wanita Muslim itu yang menunjukkan kasih sayang dan ihsan terhadap anjing yang berjaya dirakam oleh Clement Wong.

Juara Funniest Person In The World 2016 itu turut memuat naik hantaran mendoakan semoga ALLAH memurahkan rezeki wanita tersebut.

"Walaupun ada sesetengah bertindak melakukan protes, merasakan hilang maruah, ada juga seorang wanita yang hidupnya dipenuhi dengan kebaikan dan belas kasihan.

"Semoga ALLAH memurahkan rezeki kakak ini dan semoga perbuatan kakak ini menjadi contoh buat kita semua," tulisnya.

No Image Caption

Dalam video tersebut memaparkan Clement terkejut dengan tindakan wanita tersebut dan bertanya kepada wanita itu adakah tidak takut anjing.

Lebih menyentuh hati apabila wanita itu menyatakan dia tidak takut anjing dan memberitahu hampir setiap hari dia memberi makanan kepada anjing di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 28 saat itu tular di media sosial dan meraih 156,100 tonton, 6,800 ulang kicau daripada netizen.

Tidak kurang yang memberikan komen seperti @BabaYaga yang menulis, "Semoga murah rezeki kakak ini, semoga sentiasa dilindungi ALLAH, bukan tiada manusia yang murni sebegini..ada, cuma jarang nampak."

"Terbaik kakak dengan apa yang anda lakukan. Ini kalau kakak itu jalan seorang di kawasan tu, bodyguard dah ramai dah ini. Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu," kata @BieyaKuching di Twitter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!