Laman web UM digodam: Polis terima satu laporan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan terima satu laporan daripada pihak Universiti Malaya (UM) berhubung insiden laman web universiti itu yang digodam, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan dibuat oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UM pada jam 1.15 pagi, hari ini.

"Ya, polis terima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Pantai.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Komputer 1997," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, UM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden laman web e-bayaran universiti itu digodam lewat malam kelmarin.

Kenyataan itu berkata, laman web berkenaan masih dalam proses ujian dan akan diaktifkan dalam masa terdekat.

Sistem tersebut ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

Kelmarin, pautan berbayar di laman web rasmi UM menjadi sasaran penggodam yang tidak dikenal pasti bagaimanapun ia turut dikaitkan dengan isu protes membabitkan graduan universiti berkenaan, Wong Yan Ke pada majlis konvokesyen baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Namun, graduan kejuruteraan awam itu menafikan penglibatannya menggodam laman web e-bayaran universiti tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!