Bayi hisap pod terima amukan netizen

Paparan video yang memaparkan bayi menghisap pod menerima kecamahan hebat daripada netizen.
Paparan video yang memaparkan bayi menghisap pod menerima kecamahan hebat daripada netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian video berdurasi 20 saat yang memaparkan seorang bayi sedang menghisap pod (vape) dengan lagak seperti orang dewasa menerima amukan netizen selepas tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz di Twitternya meraih 61,800 tontonan video, 1,800 ulang kicau.

Melalui posting itu, Dr Khairul juga berkata, situasi berkenaan amat menyedihkan dan kesal terhadap sikap ibu bapa anak kecil itu.

"Ibu bapanya seakan-akan memberi galakkan dan mendedahkan anak mereka kepada perkara yang tidak sihat pada usianya yang sangat muda.

"Ini merupakan satu kejadian yang amat menyedihkan. Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa?

No Image Caption

"Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka?Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita...#StopVaping #StopSmoking," luahnya di Twitter

Ramai netizen bersependapat bahawa ibu bapa anak berkenaan tidak sewajarnya membiarkan anaknya menghiap vape.

Artikel Berkaitan:

@syai_az turut berkongsi rasa dengan menulis "Aku punyalah marah kalau suami aku vaping/smoking depan anak. Orang ni boleh selamba sahaja bagi anak dia hisap pod. Apa nak jadi ni,".

"Memang akal tiada, Insaflah wahai ibu bapa yang menularkan video ini, patutkah dan berbanggakah anda dengan apa yang kalian lakukan pada anak dan siarkan kepada orang ramai,"luah @IrwanEffendy di Twitter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!