Program Pensijilan Tahfiz Ulul Albab UMP lahir teknokrat hafiz

No Image Caption
A
A
A
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan Program Pensijilan Tahfiz Ulul Albab bagi melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang memiliki pelbagai kemahiran ilmu.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, program tersebut matlamat memberikan pendidikan seimbang dunia dan ukhrawi kepada mahasiswa.

Menurutnya, program Perintis Jurutera Huffaz dijalankan Pusat Islam dan Pembangunan Insan (Pimpin) melibatkan 41 mahasiswa membabitkan dua kohort pengambilan bagi mengikuti program ini selama empat tahun.

“Selain sasaran hafaz al-Quran 30 juzuk, mahasiswa juga perlu mengikuti modul ditetapkan antaranya, Adab Hamalatul Quran, Asas Qiraat, Asbabun Nuzul, Tafsir Ayat-ayat Pilihan dan Kursus Asas Bahasa Arab," katanya.

Daing Nasir berkata, program tersebut diharap dapat melahirkan generasi ulul albab yang mampu membangunkan negara secara seimbang serta huffaz profesional yang berkepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!