PRK Tanjung Piai: PH dijangka umum calon 30 Oktober

477754
477754
A
A
A

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dijangka diumum 30 Oktober ini.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, majlis pengumuman calon itu dijangka diadakan di dataran terbuka berhadapan Dewan Jubli Intan, di sini dan persiapan mengenainya sedang dilakukan.

"Setakat ini kita (Bersatu Bahagian Tanjung Piai) sudah menyerahkan tiga nama calon kepada pucuk pimpinan untuk diteliti dan diputuskan. Kesemua tiga yang dinamakan itu merupakan pemimpin Bersatu Bahagian Tanjung Piai," katanya yang ditemui pemberita di sini hari ini.

Karmaine berkata, antara kriteria calon yang ditetapkan itu adalah anak tempatan, seorang yang berpengalaman dalam politik dan mempunyai latar pendidikan yang baik.

Ditanya mengenai gerak kerja pilihan raya itu, Karmaine berkata, usaha akan ditumpukan kepada 16 Pusat Daerah Mengundi yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 November depan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!