Kanak-kanak lemas di taman tema air

Norshazela bersama suaminya menunjukkan gambar anak mereka yang dirakamkan di taman tema air tersebut.
Norshazela bersama suaminya menunjukkan gambar anak mereka yang dirakamkan di taman tema air tersebut.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Percutian pasangan suami isteri bersama dua anak bertukar tragedi apabila seorang daripada anak mereka ditemui lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa Muhamad Uzir Amri Muhamad Nur Fiqri Zakaria, 4, dikeluarkan dalam keadaan lemah dari salah sebuah kolam renang dewasa oleh orang ramai.

Ibu mangsa Norshazela Rosli,27, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu dilihat begitu teruja untuk mandi-manda sejak beberapa bulan lalu selepas memberitahu hasrat mengunjungi taman tema air itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya kerana percutian yang dirancang sejak minggu lalu adalah 'hajat' arwah untuk mandi di situ.

Katanya, dia bersama suaminya bertolak dari rumah di Kulai, Johor kira-kira jam 10 pagi sebelum tiba di taman tema tersebut pada jam 1 petang.

"Memang dari dulu arwah nak sangat bercuti di taman tema air dan kami tunaikan hajatnya namun ini yang berlaku. Bagaimanapun saya reda.

"Sebagai ibu saya tak minta insiden ini terjadi dan percaya kehidupannya di sana lebih baik," katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Hospital Melaka, Bukit Palah di sini hari ini.

Norshazela yang juga mempunyai seorang lagi anak, Muhamad Uzir Amsyar, 1, memaklumkan akan mengebumikan jenazah anaknya di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun Kulai, Johor.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!