'Lesen bunuh' Duterte cetus kebimbangan

Seorang suspek narkotik ditembak semasa operasi dadah di sebuah kawasan setinggn di pinggir Manila.
Seorang suspek narkotik ditembak semasa operasi dadah di sebuah kawasan setinggn di pinggir Manila.
A
A
A

MANILA - Tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi 'lampu hijau' kepada seorang pegawai kanan polis supaya mula membunuh penagih dan pengedar dadah di bandar Bacolod mencetuskan kebimbangan pihak gereja.

Ketua Paderi San Carlos, Gerardo Alminaza berkata, arahan berkenaan bakal menyaksikan suspek narkotik dibunuh tanpa diberi keadilan sewajarnya.

Pada Rabu lalu, Duterte melantik Leftenan Kolonel Jovie Espenido sebagai pengarah polis untuk operasi di Bacolod.

Pelantikan itu dibuat selepas Duterte bertindak memecat Ketua Polis Bacolod dan empat pegawainya kerana terlibat dengan dadah.

"Saya harap Espenido dan pasukannya memiliki moral dan integriti tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Mereka perlu menggunakan pertimbangan akal sebelum menembak mati suspek atau pesalah narkotik," katanya.

Pada 2016, Espenido mencetuskan kontroversi ketika menjadi Ketua Polis Albuera di Layte apabila Datuk Bandar, Rolando Espinosa mati semasa dalam tahanan.

Setahun kemudian, Espendio dipindahkan ke bandar Ozamiz di Mindanao ketika polis menembak mati Datuk Bandar Reynaldo Parojinog, isterinya dan 13 lagi dalam serbuan menjelang subuh.

Artikel Berkaitan:

Keluarga mangsa mendakwa serbuan berkenaan adalah satu pembunuhan terancang. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!