Al-Fatihah adik Putri

Keadaan Putri ketika dirawat di HUSM.
Keadaan Putri ketika dirawat di HUSM.
A
A
A

GUA MUSANG - Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menderita penyakit jantung sejak lahir disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Putri Nur Awatif Haziqah Md Roslan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.40 petang tadi.

Menurut ibunya, Siti Norlinda Saimin, 32, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Asap, Putri diserang sawan pada 5 Oktober lalu.

Katanya, pada 7 Oktober, Putri menjalani pembedahan apabila doktor mengesahkan terdapat darah beku di kepala.

"Selama 14 hari saya dan suami, Md Roslan Said, 41, berumah di hospital menunggu Putri. Ada masa keadaannya stabil. Dia juga sempat bertanya saya, adakah saya menyayanginya. Saya jawab, mestilah sayang. Adik satu-satunya anak Ma.

"Pemergian Putri satu kehilangan besar buat saya dan suami kerana dia anak tunggal kami. Tempat kami bermanja namun saya terima ketentuan ini dengan hati yang terbuka," katanya.

Jenazah dibawa pulang ke RPT Kesedar Sungai Asap dan akan dikebumikan pagi esok.

Terdahulu, pada 14 Oktober, Sinar Harian melaporkan kisah Adik Putri yang menderita penyakit jantung sejak lahir dan tidak sedarkan diri sejak 7 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!