Pengantin dilimpahi wang

Pasangan terbabit dilimpahi wang ketika sedang bersanding pada majlis perkahwinan mereka. - Foto: @makassar_iinfo/Instagram
Pasangan terbabit dilimpahi wang ketika sedang bersanding pada majlis perkahwinan mereka. - Foto: @makassar_iinfo/Instagram
A
A
A

JAKARTA - Majlis perkahwinan pasangan mempelai di Indonesia ini sememangnya luar biasa.

Ia bukan hanya dimeriahkan dengan alunan muzik malah raja sehari terbabit juga ditimbuni wang kertas.

Rakaman video pasangan pengantin dilimpahi wang yang sangat banyak dan mencuri perhatian pengguna media sosial itu turut menjadi tular selepas dikongsi menerusi akaun @hati2medsos di Twitter dan sudah ditonton lebih 47,000 kali serta menerima lebih 1,000 like.

Para hadirin yang hadir dan naik ke pelamin juga menghadiahkan wang kepada pengantin tersebut.

Antara wang yang diberikan termasuk kepingan 50 ribu Rupiah (RM15) dan 100 ribu Rupiah (RM30) yang boleh dilihat 'melekat' pada tubuh mempelai dan menenggelamkan mereka sehingga paras leher.

Terdapat beberapa komen yang mencuit hati turut diberikan pengguna media sosial dan antaranya 'Lebih menyenangkan melihat ini daripada menyaksikan bekas kekasih hadir ke majlis perkahwinan teman wanitanya'. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!