Pekida Kelantan mahu pihak berkuasa siasat pengedaran komik

Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' mendapat bantahan banyak pihak.
Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' mendapat bantahan banyak pihak.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan mahu pihak berkuasa segera menyiasat isu agihan komik yang berunsurkan propaganda di sekolah.

Setiausahanya, Mudzahar Makhtar berkata, rata-rata ibu bapa yang ditemui masing-masing menyuarakan kerisauan mereka jika benar komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' itu mempunyai agenda memburukkan negara.

"Pada awalnya memang kita terkejut dengan isu ini. Kenapa komik yang bersifat seperti itu diperkenalkan di sekolah.

"Apakah motif dan agenda sebenar ia diagihkan di sekolah sedangkan buku mata pelajaran biasa pun sudah memadai untuk memberi pemahaman kepada mereka mengenai semangat cintakan negara.

"Kami melihat ia sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan tambahan pula melibatkan pelajar yang sedang meningkat naik pemikirannya," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sebelum ini, beberapa sumber di laman sosial mendakwa komik tersebut dijual dan diedar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah menengah secara meluas sejak dirasmikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tahun lalu.

Katanya, penerbit berkenaan dikatakan turut menerima peruntukan khas dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membayar sewa bangunan di ICT Mall.

Menurutnya, komik tersebut didakwa berbaur hasutan dan mempunyai propaganda sendiri apabila kandungannya didakwa melibatkan unsur yang tidak sepatutnya diajar di peringkat sekolah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihak Kementerian Pendidikan seharusnya melihat perkara ini dengan lebih teliti dan penjualan bahan bacaan yang tidak berilmiah seperti itu perlu ditapis.

"Kerajaan perlu tengok, jangan lepas tangan. Ini masa depan negara. Jangan gadaikan negara hanya dengan kefahaman yang silap," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!