SPRM cari Chin Chee Keong
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Chin Chee Keong bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, alamat terakhir Chee Keong, 44, Chee Keong adalah di No 276, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nurul Izzatti Jamal di talian 017-610 6847 atau 03-889 11084. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!