Tarik balik laporan polis: UM masih belum buat keputusan

Yan Ke mencetuskan kontroversi apabila bertindak membawa plakad di pentas majlis konvokesyen bagi menuntut peletakan jawatan Naib Canselor UM.
Yan Ke mencetuskan kontroversi apabila bertindak membawa plakad di pentas majlis konvokesyen bagi menuntut peletakan jawatan Naib Canselor UM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) sedang mempertimbangkan permintaan graduan kontroversi, Wong Yan Ke, 23, yang mendesak supaya laporan polis terhadapnya ditarik balik.

Ahli Lembaga Pengarah UM, Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan sebarang keputusan belum dapat dipastikan.

“(Tarik balik laporan polis) itu kita kena tunggu apa-apa keputusan daripada Lembaga Pengarah UM.

“Perbincangan berterusan untuk penambahbaikan proses kami,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UM dengan Mr DIY Sdn Bhd serta penyampaian hadiah Pertandingan DIY Made Simple 2019 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Yan Ke gesa UM tarik balik laporan polis

Sabtu lalu, Yan Ke, graduan Kejuruteraan Awam mendesak pihak UM menarik balik laporan polis yang dibuat ke atas dirinya sebagai bukti UM menghormati kebebasan bersuara.

Yan Ke juga meminta Naib Canselor UM, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim tampil dan membuat penjelasan mengenai ucapan didakwa berbaur perkauman ketika Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu.

Terdahulu, pentadbiran UM mengecam tindakan Yan Ke yang mengeluar dan menayangkan plakad bertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ ketika berada di pentas majlis istiadat konvokesyen universiti itu.

Artikel Berkaitan:

Kit Siang gesa UM tarik semula laporan polis terhadap graduan

[VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!