Ramasamy dakwa artikel diterjemah salah

Ramasamy ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini
Ramasamy ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy kecewa dengan laporan sebuah portal yang didakwa menyeleweng kenyataannya bertajuk 'Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama - Ramasamy.'

Terdahulu, beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9.50 pagi semalam dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire putih dan ditemani peguamnya, K Ragunath sebelum keluar kira-kira jam 1.55 petang.

Ramasamy berkata, keterangan beliau telah dirakam polis bagi membantu siasatan terhadap isu terbabit.

Jelasnya, maksud asal beliau dalam artikel itu dan cara diterjemahkan oleh penyiar adalah sedikit menyeleweng sekali gus tidak bersetuju dengan terjemahan yang menggambarkan kritikan terhadap polis.

No Image Caption

"Kesemuanya saya telah jawab dan tidak ada sedikit pun yang hendak disembunyikan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ramasamy berkata, maksud asal beliau dalam artikel terbabit dan cara diterjemahkan oleh penyiar adalah sedikit menyeleweng.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan terjemahan yang menggambarkan kritikan terhadap polis.

Artikel Berkaitan:

Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, beliau terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang berlaku 14 September lalu.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5 pagi pada 14 September lalu, polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah, di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan Ramasamy selesai memberi keterangan dan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh merakam keterangannya selama empat jam.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Ramasamy memberi keterangan kali kedua, Mior Faridalatrash berkata, ia bergantung kepada siasatan pihaknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!