Dua lagi taufan diramal badai Jepun

Kesan taufan kuat Hagibis. -Foto Reuters
Kesan taufan kuat Hagibis. -Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Dua lagi taufan sedang bergerak ke arah pantai Jepun ketika negara itu masih bergelut dengan kesan akibat taufan Hagibis yang mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh, memetik Agensi Meteorologi Jepun.

Taufan Neoguri, taufan ke-20 tahun ini dijangka mendarat di barat daya dan selatan Tokyo pada pagi 22 Oktober dengan kelajuan angin mencecah sehingga 162 kilometer sejam, lapor agensi berita Sputnik.

Sementara taufan Bualoi kini bergerak dari selatan dan akan tiba di pantai timur Jepun pada 26 Oktober dengan kekuatan angin mencecah 180 kilometer sejam.

Minggu lepas, taufan Hagibis yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang mencetuskan 140 kejadian tanah runtuh di 19 wilayah. Kira-kira 79,000 rumah ditenggelami air dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Media Jepun melaporkan sebelum ini, jumlah kematian akibat Hagibis meningkat kepada 78 orang. Jumlah korban paling ramai dicatatkan di wilayah Fukushima iaitu seramai 30 orang, diikuti Miyagi dan Kanagawa masing-masing 16 dan 14 mangsa. Bilangan mangsa cedera terus kekal seramai 395 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!