Surau dicemari lukisan lucah

Surau Al-Faizin di Taman Cheng Setia dicerobohi dan dicemari lukisan lucah.
Surau Al-Faizin di Taman Cheng Setia dicerobohi dan dicemari lukisan lucah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Surau Al-Faizin di Taman Cheng Setia dekat sini dicemari dengan dua lukisan lucah dan lambang nazi pada dinding surau berkenaan semalam.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau berkenaan mendapati perbuatan itu dilakukan seorang individu yang memanjat pagar belakang surau sebelum melukis gambar kemaluan lelaki menggunakan penyembur cat berwarna kuning.

Ketua biro pembangunan surau, Rossazali Rusli berkata, beliau menyedari perbuatan itu setelah dimaklumkan oleh isterinya yang kebetulan melalui kawasan surau kira-kira jam 7.20 pagi.

Menurutnya, beliau terus bergegas ke surau dan mendapati bukan satu malah terdapat dua lukisan lucah termasuk di dinding bilik jenazah.

Katanya, ini merupakan insiden pertama berlaku di surau yang dibina sejak empat tahun lalu.

Seorang individu dipercayai telah memanjat pagar belakang surau sebelum melukis gambar kemaluan lelaki menggunakan penyembur cat berwarna kuning.
Seorang individu dipercayai telah memanjat pagar belakang surau sebelum melukis gambar kemaluan lelaki menggunakan penyembur cat berwarna kuning.

"Individu terbabit dipercayai melakukan perbuatan itu selepas jemaah menunaikan solat Isyak lebih kurang jam 8.34 malam," katanya.

Rossazali berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak dan berharap individu tersebut ditangkap.

Artikel Berkaitan:

"Komuniti di taman ini memang rapat dan setakat ini tiada masalah yang timbul selain surau juga aktif mengadakan pelbagai program kemasyarakatan.

"Saya harap individu itu ditangkap dan dikenakan hukuman sewajarnya agar menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!