Lelaki di AS cipta rekod tanam labu seberat 676kg

Andy Corbin hanya menanam labu bersaiz gergasi itu di halaman belakang rumahnya.- FOTO AGENSI
Andy Corbin hanya menanam labu bersaiz gergasi itu di halaman belakang rumahnya.- FOTO AGENSI
A
A
A

CHEYENNE - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) mencipta rekod apabila menanam labu seberat 676 kilogram (kg), kata pegawai dari Wyoming.

Menurut laporan Wyoming Tribune Eagle, Andy Corbin menanam labu bersaiz gergasi itu di halaman belakang rumahnya.

Menurut Corbin, dia perlu menggunakan tripod buatan tangan untuk memindahkan labu itu.

No Image Caption

Katanya, dia juga berharap dapat menanam lagi tiga labu dengan saiz sebegitu.

Sementara itu, seorang saintis berkata, secara purata labu biasanya hanya boleh mencecah berat 91kg sahaja dan labu yang ditanam Corbin sangat luar biasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!