Ikan tertera tulisan Ambon, Maluku ditemui
KOTA AMBON - Masyarakat pekan Goyang, Maluku di Indonesia hari ini gempar dengan penemuan seekor ikan didakwa tertulis perkataan 'Ambon' dan 'Maluku' pada badannya.
Ia ditemui seorang nelayan tempatan yang dikenali Nathik ketika sedang menarik jaring ke atas bot bersama teman-teman lain.
Menurut Nathik, ikan yang dipanggil 'tatu bodo' oleh penduduk setempat itu tiba- tiba melompat ke atas bot.
"Ia pelik, sebab ikan spesies itu biasa tidak melompat," katanya.
Seorang penduduk, Amin Seipattiseun, berkata, selain tulisan Ambon yang tidak teratur, tubuh ikan itu juga terdapat kata-kata Maluku dan perkataan lain jika dilihat sepintas lalu.
"Ikan itu ditemui di jaring ikan pagi tadi, dan sehingga petang tadi ramai yang masih datang untuk melihat ikan itu," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!