Guru selamatkan pelajar bunuh diri tular
PORTLAND - Tindakan pantas seorang guru wajar dipuji apabila berjaya menyelamatkan nyawa seorang pelajar yang ingin membunuh diri selepas kecewa putus cinta.
Kejadian berlaku di sekolah tinggi Parkrose Portland, Amerika Syarikat, pada Mei lalu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial baru-baru ini.
Video durasi 44 saat itu memaparkan seorang guru lelaki yang juga jurulatih bola sepak sekolah itu, Keanon Lowe, 27, menenangkan remaja itu sebelum memeluknya di luar kelas manakala seorang guru lain mengambil senapangnya.
Kata Lowe, dia dipanggil menerusi sistem pembesar suara untuk ke sebuah kelas bagi memujuk remaja itu.
“Ketika saya memujuk dan cuba mengambil senapang itu, puluhan pelajar lain yang berada di dalam kelas bertempiaran lari menyelamatkan diri.
“Situasi itu sungguh mencemaskan dan beremosi. Saya bersimpati dengannya. Ada kalanya kita tidak sedar tindakan yang kita cuba lakukan terutama ketika muda,” katanya.
Memetik laporan metro.co.uk, mahkamah mengarahkan Granados-Diaz, 19, diletakkan di bawah pengawasan selama 36 bulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki senjata dalam bangunan awam dan memiliki senjata berisi peluru di tempat awam.
Mahkamah turut memerintahkannya menjalani pemeriksaan kesihatan mental mengikut keperluannya.
Siasatan mendapati Granados-Diaz yang menghadapi masalah mental selepas tertekan akibat kesunyian setelah berpisah dengan teman wanitanya.
Menurut pegawai pelajaran daerah Parkrose, Michael Lopes-Serao, pelajar memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai Granados-Diaz membawa senjata api.
Fight violence with kindness: Football coach uses hug to disarm student
— RT (@RT_com) October 21, 2019
READ MORE: https://t.co/OAxkmGGkrapic.twitter.com/Ak7PzXbhHw
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!