KPLB pertimbang wujudkan platform atas talian khas untuk KUD: Rina

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun -Foto Bernama
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pertimbangkan untuk mewujudkan platform pembelian dan jualan atas talian bagi produk usahawan luar bandar khas pada Karnival Usahawan Desa (KUD) akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, cadangan tersebut berikutan trend pembelian atas talian semakin meningkat.

"Kita akan wujudkan platform online bagi memudahkan pembeli memesan dan mengambil barangan di KUD. Bagi yang jauh, pembeli boleh menempah melalui atas talian kemudiannya kita akan poskan kepada mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media penutupan KUD di sini hari ini.

Menurutnya, faktor pembelian atas talian juga menjadi faktor sasaran pengunjung tidak dicapai.

"Kita faham dengan trend sekarang sebab itu kita pertimbangkan untuk wujudkan platform online," katanya.

Rina berkata, sepanjang lima hari penganjuran KUD, seramai 1.87 juta pengunjung dicatatkan berbanding 2 juta sasaran.

"Bagi nilai jualan dan tempahan pula, KUD kali ini mencatatkan RM39.79 juta menghampiri sasaran asal yang ditetapkan iaitu RM40 juta," katanya.

Sejumlah 13 produk baharu usahawan luar bandar juga telah dilancarkan semasa karnival berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tahun 2019, KPLB telah mengadakan KUD@KPLB di tiga zon iaitu di Zon Utara, Zon Timur serta Zon Sabah.

Secara keseluruhannya, seramai 1,880 orang usahawan telah mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM45.09 juta dan telah dikunjungi oleh seramai 2.061 juta orang pengunjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!