Impian anak OKU jumpa Ustaz Ebit Lew tercapai

Setibanya di rumah, adik bernama Azim itu terus memeluknya dan mencium beberapa kali.
Setibanya di rumah, adik bernama Azim itu terus memeluknya dan mencium beberapa kali.
A
A
A

"USTAZ tolong saya, anak OKU nak jumpa ustaz" demikian kata-kata seorang bapa ketika bertemu dengan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ebit Lew telah singgah ke rumah salah seorang daripada peserta program ceramahnya ketika berkunjung ke Melaka.

"Sebak menangis. Bila selepas ceramah ayah adik ini pegang tangan saya. Katanya, anaknya selalu dengar ceramah ustaz. Dia OKU. Nak jumpa ustaz.

"Nangis dia nak jumpa ustaz. Kami selalu buka ceramah ustaz padanya. Boleh ke ustaz. Dia terbaring dekat rumah. Nak jumpa ustaz," tulisnya.

Menurut Ebit Lew, setibanya di rumah, kanak- kanak OKU bernama Azim itu terus memeluknya dan mencium beberapa kali.

"Bagaikan tidak percaya saya ada di depannya. Dia menjerit nak cakap. Terima kasih. Cakap nak peluk.

"Keluarga dia terjemahkan apa dia nak cakap. Dia gembira masa lepas kena peluk dan cium. Orang diuji berat nanti dapat kedudukan yang tinggi di syurga," katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, anak-anak OKU ini memiliki hati yang cukup bersih dan ikhlas.

Artikel Berkaitan:

Malah Ebit Lew juga memberitahu, bahawa mulianya seorang ibu bapa yang menjaga anak OKU kerana memiliki darjat yang tinggi di sisi ALLAH SWT.

Sebak menangis. Bila selepas ceramah diMelaka ayah adik ni pegang tangan saya. Ustaz tolong saya. Anak saya selalu dengar ceramah ustaz. Dia oku. Nak jumpa ustaz. Nangis dia nak jumpa ustaz. Kami selalu buka ceramah ustaz padanya. Boleh ke ustaz. Dia terbaring dekat rumah. Nak jumpa ustaz. . Sampai rumah saya terus peluk azim. Cium dia banyak kali. Dia menjerit nak cakap. Terima kaseh. Cakap nak peluk. Keluarga dia terjemahkan apa dia nak cakap. Dia happy masa lepas kena peluk dan cium. Orang diuji berat nanti dapat kedudukan yang tinggi di syurga. Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada azim ini berilah sedikit pada saya. Anak begini hatinya sangat bersih dan ikhlas. Pasti tinggi darjat ibubapa yang menjaga anak oku. Ya Allah rahmatilah dan berilah kebaikan buat keluarga ini. Dan rahmati semua ibubapa tabah di luar sana. Ya Allah nangis bila dia happy jumpa saya. Saya lagi happy syukur dapat berjumpa azim. I love you azim-ebitlew #jemputDaftarKeluargaSunnah #terakhirNovIni

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Oct 21, 2019 at 12:49am PDT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!