Erdogan larang pengeluaran Vape di Turki

Recep Tayyip Erdogan - Foto AFP
Recep Tayyip Erdogan - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tidak akan membenarkan syarikat rokok elektronik atau vape mengeluarkan produk mereka di negara itu.

Beliau yang sering menasihatkan rakyatnya menghentikan tabiat merokok dan minum arak juga mengarahkan menteri perdagangannya tidak membenarkan penghasilan vape di Turki.

Katanya, syarikat tembakau menjadi kaya dengan meracuni orang ramai.

“Mereka minta kami beri kebenaran untuk menghasilkannya e-rokok. Kami tidak akan sesekali membenarkan," katanya tanpa menyatakan nama syarikat itu.

Meskipun menghisap vape tidak menyalahi undang-undang di Turki tetapi membeli atau mengedarkan e-rokok adalah haram di negara berkenaan.

Bagaimanapun ramai yang membeli e-rokok melalui pengedar atas talian yang turut menyediakan cecairnya.

Pada 2013, Angkara kerajaannya mengharamkan semua iklan, promosi dan tajaan produk alkohol serta tembakau di Turki.

Menghisap vape yang dianggap pilihan lebih selamat berbanding menghisap tembakau tidak dikawal di kebanyakan negara.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun baru-baru ini, Australia, Brazil, India dan Jepun ini juga melarang atau mengehadkan pemasaran e-rokok.

Sementara itu, Amerika Syarikat pula telah mengumumkan rancangan untuk mengharamkan penjualan e-rokok berperisa. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!