Kawasan hutan terjejas akibat kebakaran di Indonesia meningkat

Keluasan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Indonesia sepanjang September tahun ini melebihi tahun lalu. - FOTO AFP
Keluasan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Indonesia sepanjang September tahun ini melebihi tahun lalu. - FOTO AFP
A
A
A

JAKARTA - Keluasan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Indonesia sepanjang September tahun ini melebihi tahun lalu, kata data rasmi kerajaan.

Pemangku Pengarah pengurusan kebakaran hutan, Raffles Panjaitan dari Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar berkata, menjelang akhir September 2019, sejumlah 857,756 hektar kawasan musnah.

Menurut data itu, ia melebihi keluasan 529,267 hektar kawasan yang musnah pada 2018.

Bagaimanapun, 2015 mencatatkan angka paling tinggi dengan 2.6 juta hektar kawasan terjejas akibat kebakaran hutan.

“Sehingga ke hari ini, pihak bomba masih meneruskan usaha untuk membendung kebakaran,” kata Panjaitan.

Kerajaan Indonesia sejak beberapa bulan lalu berdepan kebakaran hutan di Sumatera dan Borneo mengakibatkan negara jiran, Malaysia dan Singapura dilanda jerebu tebal.

Kebakaran hutan dan tanah bakau di Sumatera dan Borneo seringkali dikaitkan dengan aktiviti pembersihan hutan untuk membuka ladang sawit atau tujuan pertanian.

Bagaimanapun, Panjaitan mengingatkan bahawa kes kebakaran di Pulau Jawa juga semakin meningkat termasuk di kawasan hutan simpan.

Artikel Berkaitan:

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia berkata, empat pendaki diselamatkan dari Gunung Ranti di Jawa Timur semalam akibat kebakaran hutan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!