Saya tahu jaga batas pergaulan: Sarah Suhairi

No Image Caption
A
A
A

PENDATANG baharu, Sarah Suhairi, memberitahu, dia tahu menjaga batas pergaulan dan perhubungan dengan rakan artis lelaki.

Akui juara Big Stage ini, penyanyi Ariff Bahran merupakan rakan artis lelaki yang rapat dengannya ketika ini.

Tambah Sarah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Andi Bernadee kononnya bercinta, berkata, mereka masih berkawan seperti biasa sehingga ke hari ini.

No Image Caption

"Ariff Bahran dengan saya memang rapat sebab kami berdua di bawah satu pengurusan sama.

"Begitu juga dengan Andi Bernadee, masih berkawan sampai sekarang. Kami rapat sejak program Big Stage lagi.

"Justeru, terpulang kepada umum sebab masing-masing ada pandangan sendiri dan yang penting saya tahu menjaga batas pergaulan dan perhubungan dengan mereka," katanya jujur sebagaimana dilapor dalam mStar Online.

Sebelum ini, Sarah dan Ariff mula menarik perhatian umum apabila mereka memuat naik foto yang sama pada malam ambang tahun baharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!