Guan Eng saman fitnah Raja Petra

Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Raja Petra berhubung 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.
Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Raja Petra berhubung 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu memfailkan pernyataan tuntutannya melalui firma undang-undang Messrs Simon Murali&Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Guan Eng menyaman Raja Petra berhubung beberapa siri artikel 'Dari Fail SPRM' yang disiarkan di laman blog Malaysia Today, dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, antara 24 Februari hingga 15 Mac.

Artikel yang didakwa memfitnah itu berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur Pulau Pinang.

Pernyataan tuntutan itu antara lain menyebut nama-nama pemimpin yang dirujuk, antaranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas; bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengerusi serta Pengarah Urusan Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Pada 3 Mac lalu, Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek terowong bawah laut Pulau Pinang itu telah diserahkan kepada kontraktor Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd melalui tender terbuka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!