Bayi cedera diserang anjing peliharaan

Kanak-kaak itu telah dibawa ke hospital selepas diserang oleh anjingnya. Gambar hiasan
Kanak-kaak itu telah dibawa ke hospital selepas diserang oleh anjingnya. Gambar hiasan
A
A
A

SYDNEY - Seorang bayi lelaki di Australia yang berusia setahun cedera di bahagian muka diserang seekor anjing milik keluarganya semalam.

Insiden itu berlaku ketika bayi itu berada di ruang rehat kediaman keluarganya di Cartwright, Sydney sebelum tiba-tiba anjing yang diberi nama Kelpie itu bertindak ganas menerkam bahagian kiri mangsa.

Akibat serangan itu, mangsa cedera parah di sebelah kiri muka sebelum dikejarkan ke Hospital Liverpool oleh ibunya.

Menurut ibu mangsa, anaknya sering bermain dengan anjing itu dan dia juga tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Pegawai Polis Bandar Liverpool berkata, pihaknya kini sedang menyiasat termasuk keadaan sekeliling tempat kejadian dan anjing tersebut sehingga mendorong haiwan peliharaan itu menjadi ganas tiba-tiba.

Buat sementara waktu, Kelpie kini ditempatkan di bawah pengawasan pihak berkuasa tempatan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!