128 bot nelayan asing ceroboh perairan negara ditahan

Munir (tengah) ketika bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Kejayaan Penyelidikan Ternakan Udang Putih Super Intensif di FRI Gelang Patah hari ini.
Munir (tengah) ketika bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Kejayaan Penyelidikan Ternakan Udang Putih Super Intensif di FRI Gelang Patah hari ini.
A
A
A

GELANG PATAH - Jabatan Perikanan Malaysia mencatatkan sebanyak 128 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, sebahagian besar bot yang ditahan dari Vietnam dan Thailand.

"Selepas Ops Naga yang dijalankan inter kementerian sebelum ini, pencerobohan bot asing ke perairan negara menunjukkan penurunan secara drastik.

"Ini kejayaan penguatkuasaan secara bersama dalam menangani isu pencerobohan sekaligus mengurangkan ketirisan atau kerugian sumber negara.

"Setakat ini kita sudah tahan 128 bot nelayan asing yang kebanyakannya dari Vietnam kemudian Thailand dan ada juga dari Indonesia," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Kejayaan Penyelidikan Ternakan Udang Putih Super Intensif di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Gelang Patah hari ini.

Sinar Harian hari ini mendedahkan hasil laut negara dibolot nelayan asing dan menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketirisan mencecah RM5 bilion setahun.

Menurutnya operasi inter kementerian itu wajar diluaskan bagi memastikan aktiviti pencerobohan ini dapat kita kekang dan dikurangkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, daripada angka ketirisan RM5 bilion itu, RM1.8 bilion merupakan kerugian melibatkan sumber perikanan laut dalam.

No Image Caption

Dalam pada itu beliau menyeru golongan belia menceburkan diri dalam industri laut dalam yang kurang mendapat tempat dalam kalangan belia negara ini

"Jabatan buat kursus, program dan hebahan supaya golongan belia terlibat, masuk industri laut dalam dan membentuk pendekatan baharu.

"Ini penting supaya kita ada generasi pelapis yang menerokai laut dalam yang mengeksploitasi hasil secara menyeluruh. Sekarang ini golongan belia lebih berminat dengan pesisir pantai. Orang muda keluarlah lebih 30 batu nautika dari pantai, lagi jauh lagi bagus," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa rata-rata kru bot-bot nelayan laut dalam ini dimonopoli warga asing.

"Kita ada kira-kira 800 orang pengusaha bot laut dalam. Setiap bot boleh mencecah sehingga 30 orang kru. Malangnya, bot ini pekerjanya ramai orang asing tapi bukan semua. Ada orang tempatan tapi bilangannya tak ramai.

"Kalau boleh kita nak galakkan pengusaha bot ambil pekerja tempatan tapi dalam industri laut dalam, orang tempatan tak ramai yang berminat jadi sudah tentu mereka terpaksa mengambil pekerja asing," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan asing penuhi laut Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!