PPZ-MAIWP kukuh hubungan bersama masyarakat

Penyerahan sumbangan beras oleh BERNAS kepada 20 keluarga asnaf yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (tengah) sempena Program Komuniti Imarah Masjid di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan.
Penyerahan sumbangan beras oleh BERNAS kepada 20 keluarga asnaf yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (tengah) sempena Program Komuniti Imarah Masjid di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mendekatkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan masyarakat, Khaira PPZ-MAIWP dan Masjid Saidina Othman Ibn Affan menganjurkan Program Komuniti Imarah Masjid, Bandar Tun Razak di sini Sabtu lalu.

Program yang turut mendapat kerjasama Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Badan Kebajikan Kakitangan PPZ-MAIWP (Bakep) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu merupakan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat yang membawa tagline 'Sebarkan Kebaikan'.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP), Ahmad Shukri Yusoff berkata, program tersebut dianjur bagi meningkatkan pembangunan ummah supaya lebih ramai masyarakat menunaikan zakat.

Menurutnya ia sekali gus sebagai usaha membawa nilai-nilai murni termasuk menyantuni golongan asnaf, komuniti dan masyarakat persekitaran.

"Ia juga sebagai hebahan umum mengenai saluran pembayaran zakat dan perkhidmatan zakat disediakan oleh PPZ-MAIWP. Masyarakat juga boleh mendapatkan maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Baitulmal-MAIWP.

"Bersempena program ini Khaira-MAIWP menyalurkan sumbangan kepada pihak masjid selain Bernas turut seta mengagihkan beras kepada 20 asnaf di kariah masjid berkenaan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shukri berkata, fungsi Khaira PPZ-MAIWP adalah untuk mengetengahkan peranan dan fungsi zakat melalui aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial dengan kerjasama badan-badan korporat untuk memberi manfaat kepada pihak-pihak yang memerlukan.

"Program anjuran KHAIRA PPZ-MAIWP dilihat sebagai satu milestone yang penting dalam usaha untuk menaikkan lagi imej dan secara tidak langsung dapat memberikan inspirasi serta semangat kerja yang baru untuk kami berbakti kepada masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia juga diwujudkan untuk meningkatkan pembangunan ummah agar lebih ramai masyarakat menunaikan zakat sekaligus kitaran antara pembayar zakat dan asnaf dapat diseimbangkan.

"Ia juga sebagai usaha untuk mempamerkan Islam sebagai agama yang membawa nilai-nilai murni termasuk menyantuni asnaf, komuniti masyarakat dan persekitaran.

“Memudahkan Anda Berzakat” adalah moto PPZ-MAIWP, atas dasar ini, kami sentiasa berusaha menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat bagi kemudahan masyarakat Islam," katanya.

Jelasnya, program yang diadakan ini adalah untuk pelbagai peringkat umur dan seisi keluarga.

"Pelbagai aktiviti menarik mengisi sepanjang program ini antaranya ceramah santai bersama Shamsul Ghau Ghau, pertandingan mewarna, senam robik dan juga pemeriksaan kesihatan percuma.

"Tidak ketinggalan pelbagai gerai jualan dan juga ‘booth’ daripada PPZ-MAIWP serta ‘booth’ produk asnaf turut dibuka.

Dalam pada itu, katanya, PPZ MAIWP juga telah memperkenalkan Skim Kafalah Muzakki atau bahasa mudahnya Sumbangan Khairat Kematian yang bertujuan meringankan beban waris sekiranya berlaku kematian terhadap pembayar zakat.

"Untuk makluman, PPZ MAIWP merupakan institusi zakat pertama di Malaysia yang memperkenalkan skim khairat kematian seperti ini kepada para muzakki.

"PPZ-MAIWP bukan sahaja memanfaatkan asnaf di Wilayah Persekutuan akan tetapi pihak kami juga turut menghargai pembayar yang telah membayar zakat bersama kami dengan memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada waris pembayar zakat yang telah meninggal dunia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!