Cadangan bubar DAP undang kemarahan wakil rakyat PH

Dewan Rakyat - Foto Bernama
Dewan Rakyat - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat terus digamatkan dengan gelagat Ahli Parlimen BN mendakwa Belanjawan 2020 dan DAP sebagai 'komunis' dan 'rasis' pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2020 di sebelah petang.

Dakwaan itu dikemukakan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) setelah beliau mendakwa peruntukan bagi kaum India dikurangkan dan tidak memenuhi pengertian istilah saksama ditekankan dalam belanjawan itu.

Suasana di Dewan Rakyat semakin kecoh apabila Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mencadangkan DAP dibubarkan susulan dakwaan parti itu mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, kerajaan harus bertindak bagi pertubuhan didapati menyumbangkan dana kepada kumpulan pengganas.

"Kalau ramai pemimpin UMNO kena beku akaun sebab dituduh ambil wang dana syarikat 1Malaysia Development Berhad(1MDB), mengapa parti seperti DAP terbukti mempunyai dua ahli terlibat kumpulan seperti LTTE tidak diambil tindakan?" katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun dipertikai Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta Bung Mokhtar menarik balik kenyataan itu.

Beberapa pemimpin PH juga melaungkan peraturan mesyuarat sewaktu kekecohan itu tercetus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!