Sekolah tidak cukup kerusi, meja

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyumbang 180 unit kerusi dan meja di SK Bachang di sini.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyumbang 180 unit kerusi dan meja di SK Bachang di sini.
A
A
A

MELAKA - Ada sekolah yang tidak dapat mengambil pelajar baharu hanya kerana tidak cukup kemudahan kerusi dan meja.

Demikian pendedahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang menyatakan beliau ada menerima aduan daripada kalangan ibu bapa mengenai masalah tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Bachang di sini.

Lantaran itu, beliau telah menyumbang sebanyak 180 unit kerusi dan meja baharu bagi kemudahan pelajar di situ.

Menurut Poay Tiong, ia meliputi 80 unit bagi kegunaan murid tahun satu manakala 80 unit lagi untuk murid tahun dua sekolah tersebut.

"Setakat ini, hanya SK Bachang sahaja yang membuat permohonan dan jika ada sekolah lain yang berdepan masalah serupa, mereka boleh mengajukan permohonan kepada saya untuk dipertimbangkan. Saya akan gunakan peruntukan Parlimen untuk mengatasi perkara ini.

"Saya juga dimaklumkan, pihak sekolah terpaksa menolak kemasukan lebih lagi pelajar baharu gara-gara tidak cukup kemudahan meja dan kerusi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!