'Saya Cina tapi saya suka berhijab'

Paparan skrin Twitter @jiaqing28512216
Paparan skrin Twitter @jiaqing28512216
A
A
A

"SAYA Cina tapi saya suka berhijab". Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana memakai hijab walaupun berketurunan Cina.

Katanya, dia, terbuka untuk memakai hijab kerana dikelilingi rakan-rakan Melayu dan mengenali mereka dalam tempoh lama.

"Mungkin kerana saya sudah berkawan dengan orang Melayu.

"Bila saya tengok kawan saya bertudung nampak ayu ja semua, saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat, saya rasa tenang ja," tulisnya.

Menurut gadis ini, pertama kali dia memakai tudung pada tahun 2018.

Foto Twitter @jiaqing28512216
Foto Twitter @jiaqing28512216

Rata-rata netizen memuji kecantikan jiaqing apabila berhijab dan menutup aurat.

Malah ada mereka mendoakan agar suatu hari kelak, remaja ini terbuka hati untuk terus memeluk Islam.

Artikel Berkaitan:

"Cantiknya, macam tak percaya je awak Cina. Tuhan bukakan hati awak untuk pakai tudung, mungkin satu hari nanti, Tuhan akan membuka hati awak untuk cintakan kepada Islam pula. InsyaALLAH," ciapnya.

Pada hantaran yang sama, beberapa rakan kaum Cina juga tampil memuat naik gambar mereka memakai hijab meskipun tidak memeluk Islam.

Kata @fierababyb00, "bila awak bertudung muka memang Melayu betul, cantik,"

Ada dalam kalangan netizen terus memberi kata-kata semangat untuk gadis berketurunan Cina ini terus berhijab dan mendoakan menerima hidayah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!