KPDNHEP rampas 50,000kg minyak masak

Mohd Suffian bersama pegawainya memeriksa minyak masak yang ditemui hasil serbuan ke atas sebuah premis haram, di sini semalam
Mohd Suffian bersama pegawainya memeriksa minyak masak yang ditemui hasil serbuan ke atas sebuah premis haram, di sini semalam
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang membongkar kegiatan menyeleweng minyak masak bersubsidi hasil serbuan ke atas sebuah premis haram di Taman Pandan 2 di sini, petang semalam.

Hasil serbuan itu, sebanyak 50,000 kilogram minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM120,000 berjaya dirampas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, pihaknya turut menyita semua peralatan yang digunakan di premis berkenaan termasuk minyak serta dua buah lori.

Menurutnya, turut ditahan tiga individu berusia 40 hingga 50-an termasuk pemandu lori bagi membantu siasatan dan direkodkan keterangan.

"Kejayaan ini hasil risikan yang dijalankan anggota kami berhubung kegiatan tersebut.

"Hasil risikan, kami berjaya mengesan dan mengekori sebuah lori membawa muatan minyak masak yang singgah ke sebuah premis di Gambang bagi tujuan menurun minyak masak dari kilang dipercayai untuk proses pembungkusan," katanya.

Mohd Suffian bersama pegawainya memeriksa minyak masak yang ditemui hasil serbuan ke atas sebuah premis haram, di sini semalam
Mohd Suffian bersama pegawainya memeriksa minyak masak yang ditemui hasil serbuan ke atas sebuah premis haram, di sini semalam

Mohd Suffian berkata, timbul kecurigaan pihaknya apabila lori tersebut hanya singgah di premis berkenaan tanpa menurunkan muatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebaliknya lori berisi minyak berkenaan telah dibawa ke lokasi rampasan sebelum muatannya diturunkan.

"Pemeriksaan anggota penguatkuasa KPDNHEP mendapati premis berkenaan adalah premis haram yang dijadikan sebagai tempat untuk menurunkan minyak masak bagi tujuan diseleweng.

"Kita dapati minyak masak yang diturunkan itu diasingkan ke dalam tangki yang setiap satunya mampu memuatkan 1,000 kilogram minyak masak," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori yang ditemui di lokasi berkenaan, menemui 11 tangki dipenuhi minyak masak dipercayai sudah sedia untuk diedarkan secara haram ke negeri lain.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!