Lebih 100 ekor gajah mati akibat wabak antraks di Botswana

Bangkai gajah ditemui di kawasan Mamabe di Botswana dipercayai menjadi mangsa pemburu haram.
Bangkai gajah ditemui di kawasan Mamabe di Botswana dipercayai menjadi mangsa pemburu haram.
A
A
A

GABORONE - Lebih 100 ekor gajah dilaporkan mati di Botswana sejak dua bulan lalu dipercayai terkena wabak antraks, kata kerajaan semalam.

"Siasatan awal mendapati beberapa gajah mati akibat antraks dan sebahagian lagi mati akibat kemarau.

"Akibat kemarau teruk, gajah-gajah malang ini menelan rumput dan tanah yang terdedah kepada bakteria antraks," kata kenyataan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara

Sementara itu, pertubuhan Elephants Without Borders berkata, tinjauan udara mendapati jumlah bangkai gajah di Botswana meningkat kepada 593 peratus antara tahun 2014 hingga 2018.

Menurutnya, pemburuan haram dan musim kemarau antara penyumbang terbesar kepada kematian mamalia itu di negara berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!