Maszlee lakukan perkara yang betul, kata Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melakukan tindakan betul dengan menasihatkan agar pemimpin DAP mendisiplinkan ahlinya terutamanya dalam isu melibatkan komik propaganda kontroversi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian kerana beberapa tindakan DAP baru-baru ini jelas menunjukkan mereka melanggar peraturan.

Mengambil contoh komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan dengan jelas kata pengantar dalam buku tersebut memaparkan nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Selain dari content (pengisian) buku itu yang tidak sesuai untuk sekolah, intro buku itu pun tidak elok.

“Kalau pimpinan DAP sendiri buat perkara itu, bagaimana kita hendak ‘expect’ pemimpin atau ahli tak meneruskan agenda itu.

“Dari sudut itu saja saya rasa perkara disebut Dr Maszlee itu betul. Betul, sebagai anggota kabinet betul dan sebagai menteri pendidikan lagi betul sebab ia di bawah bidang kuasanya,” katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen hari ini.

Begitupun Takiyuddin menegaskan secara keseluruhannya pihak pembangkang berpendapat situasi sebegitu menunjukkan kelemahan kerajaan.

“Tidak ada koordinasi antara parti yang menganggotai kerajaan, antara kementerian pun tiada koordinasi. Itu kelemahan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Maszlee menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli

Menurutnya, mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat 'rule of law' dan juga 'collective responsibility'.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada isu komik propaganda tersebut dan kenyataan kontroversi daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!