Anggota AFRS meninggal dunia ketika latihan kecemasan

Mangsa diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital. Gambar kiri: Mangsa yang mengadu keletihan pengsan ketika hendak turun dari jentera dinaikinya.
Mangsa diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital. Gambar kiri: Mangsa yang mengadu keletihan pengsan ketika hendak turun dari jentera dinaikinya.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan tugas menyelamat dalam sesi latihan kecemasan hari ini.

Mangsa, Shaffiee Hassan, 59, dikatakan terjatuh lalu tidak sedarkan diri ketika menjalankan latihan 'Full Scale Exercise 2019: Aircraft Crash' bersama rakannya lain di 'runway' berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa ada mengadu keletihan dan diminta berehat.

Menurutnya, ketika itu, mangsa bertugas bersama dua rakannya dengan menaiki jentera AFRS.

"Selepas diminta berehat, mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika hendak turun dari jentera AFRS yang dinaikinya. Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut menyertai latihan kecemasan terbabit.

"Bagaimanapun setelah beberapa minit diberi rawatan, mangsa masih tidak sedarkan diri lalu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 11.13 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini..

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 3 petang tadi mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana sakit jantung.

"Tiada sebarang kesan jenayah pada mayat mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

"Mangsa telah bertugas sebagai anggota AFRS LTAPP sejak 20 tahun lalu. Difahamkan mayat mangsa akan dikebumikan selepas Isyak di kampungnya di Teluk Kumbar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!