SPR sedia beri kerjasama kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya

Azhar Azizan
Azhar Azizan
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya yang diluluskan Dewan Rakyat pada 17 Oktober lepas, kata Pengerusinya, Azhar Azizan Harun.

Azhar dalam kenyataan hari ini berkata, SPR akan bekerjasama untuk memudah cara, menambaik baik proses pilihan raya sedia ada agar lebih cekap dan memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat negara ini terhadap sistem demokrasi yang diamalkan.

"SPR ingin menegaskan bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini adalah telus dan adil," katanya.

Dalam masa sama, SPR mengulangi komitmennya untuk mengkaji dan meneliti proses perjalanan pilihan raya serta memberikan cadangan penambahbaikan yang difikirkan sesuai dan perlu selaras dengan hasrat rakyat dan negara.

Menurut laporan media, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memudah cara, menambah baik dasar kerajaan supaya menjadi lebih cekap dan memberikan pengesahan kepada tindakan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Jawatankuasa Pilihan Khas itu juga berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya untuk mengambil keterangan, fikiran dan pandangan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan bidang tugas yang dinyatakan dalam terma rujukan jawatankuasa berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!