Raja Thailand pecat enam pegawai istana

Raja Thailand - Foto AFP
Raja Thailand - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan memecat enam pegawai istana kerana perbuatan yang dianggap melampau selepas beberapa hari pemecatan peneman diraja.

Pihak istana dalam satu pengumuman berkata, antara yang dipecat termasuk seorang wanita, seorang pegawai kanan polis dan dua pengawal diraja, yang bertugas di dalam istana.

Dalam dua pengumuman berasingan yang diterbitkan warta diraja mendakwa, keenam-enam terbabit dikenakan tindakan atas kesalahan disiplin yang serius dengan mengeksploitasi kedudukan rasmi mereka untuk keuntungan mereka sendiri yang boleh menjejaskan perkhidmatan diraja.

Berikutan itu kesemua mereka dipecat dan segala pangkat rasmi yang dimiliki ditarik balik.

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana pada satu majlis rasmi. - Foto Agensi
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana pada satu majlis rasmi. - Foto Agensi

Isnin lalu semua gelaran yang diberikan kepada peneman diraja, Sineenat Wongvajirapakdi, 34, dilucutkan kerana dikatakan melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja dan tidak setia kepada raja.

Koi, seorang juruterbang berkelayakan dan bekas jururawat tentera adalah wanita pertama yang menerima gelaran diraja dalam hampir satu abad pemerintahan.

Pengumuman itu berlaku hanya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai Peneman Diraja Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan mengenai keputusan itu, beliau dituduh tidak setia dan cuba bersaing dengan Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana, yang berkahwin dengan Raja Maha Vajiralongkorn pada Mei lalu.

Koi, seorang juruterbang berkelayakan dan bekas jururawat tentera adalah wanita pertama yang menerima gelaran diraja dalam hampir satu abad pemerintahan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Thailand lucut gelaran diraja, pangkat ketenteraan peneman diraja

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!