KDN kekal larangan tanam ketum secara komersial

Mohd Azis (tengah) ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemadam di sini hari ini.
Mohd Azis (tengah) ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemadam di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial dan terbuka di negara ini walaupun wujud percanggahan pendapat mengenainya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, larangan berkenaan kekal selagi tiada kajian dan akta spesifik untuk kerajaan menyelaraskan dan mengawal selia tanaman itu.

Menurutnya, tanaman ketum secara dasarnya tiada masalah namun pada hari ini ada pihak tertentu yang menyalahgunakannya dengan mencampurkan daun ketum dengan bahan bahan lain.

"Antaranya seperti ubat batuk atau ubat nyamuk. Ini yang berleluasa. Kalau kita tidak mengawal perkara ini kita bimbang ia akan menjadi satu lagi masalah kepada negara.

"Sedangkan isu dadah hari ini seperti metapetamine, kokain, ganja dan semuanya masih menjadi masalah kita. Boleh kita bayangkan jika ketum ini ditanam secara berleluasa," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan untuk Mesyuarat Agung Pemadam Kebangsaan kali ke-44 di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin yang mencadangkan agar pekebun kecil dibenarkan menanam ketum kerana tanaman itu mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Penanaman ketum bantu naik taraf ekonomi penduduk

Sementara itu, Majlis Tertinggi Pemadam pada majlis mesyuarat itu memutuskan Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam Kebangsaan kali ke-44 pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Mesyuarat agung tahunan itu bakal disertai 1566 delegasi dari seluruh negara bagi berkongsi pandangan dan pengalaman untuk menangani masalah dadah di negeri masing-masing," kata Mohd Azis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!