Gaji pekerja bawahan di Malaysia terlalu rendah, kata Penasihat PM

Dr Muhammed Abdul Khalid
Dr Muhammed Abdul Khalid
A
A
A

SHAH ALAM - Ramai pekerja bawahan di negara ini dibayar gaji terlalu rendah berbanding yang diterima oleh golongan eksekutif tertinggi.

Memetik laporan Malaysiakini, Penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Muhammed Abdul Khalid berkata, mereka sepatutnya dibayar gaji lebih tinggi kerana banyak menyumbang kepada ekonomi dengan membelanjakan wang berbanding golongan kaya.

“Data daripada kerajaan menunjukkan kita bayar pekerja (di negara ini) jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Kita hanya bayar segelintir pekerja dengan gaji yang baik terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi yang dapat gaji berlipat kali ganda berbanding pekerja,” katanya.

Muhammed berkata demikian ketika berucap dalam satu forum berkaitan Belanjawan 2020 anjuran Kelab Undang-Undang dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Berdasarkan statistik, kadar pampasan pekerja berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia pada 2018 adalah pada 35.7 peratus, Singapura (39.7 peratus) manakala di negaramaju pula antara 50 ke 60 peratus atau lebih tinggi.

Ketika ditanya bagaimana masalah berkenaan dapat diperbetulkan, Muhammed berkata, kerajaan tidak mempunyai pengaruh besar ke atas sektor swasta.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Muhammed berkata, pihak pemaju perumahan sepatutnya mengurangkan harga rumah mengikut kuasa pasaran bagi menangani masalah perumahan mewah yang tidak terjual.

Artikel Berkaitan:

"Kami adalah ekonomi pasaran, jadi membolehkan pasaran menyesuaikan [...] yang bermaksud satu-satunya perkara rasional untuk pemaju lakukan adalah untuk menurunkan harga mereka.

"Tidak perlu kerajaan campur tangan untuk menyelesaikan semua hartanah mewah ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!