Selamat tinggal keluarga JDT
KETUA Jurulatih Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Ervin Boban tidak akan lagi berkhidmat buat pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Dalam satu hantaran di laman rasmi facebook Johor Southern Tigers, Boban mengucapkan terima kasih kepada JDT atas peluang yang diberikan ketika menjadi pemain dan jurulatih pasukan selatan tanah air itu.
"Selepas 12 tahun perjalanan saya bersama keluarga JDT akhirnya bertemu penghujungnya. Perjalanan ini sungguh hebat dan berjaya, begitu banyak kenangan indah yang akan sentiasa tersemat di hati saya.
"Terima kasih diucapkan khas kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas sokongan baginda dan peluang yang diberikan kepada saya sekali lagi untuk mewakili negeri Johor.
"Bermain untuk Johor pada tahun 90-an selama tujuh tahun dan kini sebagai jurulatih selama lima tahun memberikan saya sebuah kebanggaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!