Cubaan lari dari CCRC bawa padah
Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli, Norhayati Mahidin berkata, hukuman dijatuhkan Majistret, Tuan Mohd Isa Mohamed terhadap tertuduh berusia 42 dan 22 tahun itu setelah keduanya didapati bersalah di bawah Seksyen 19(3) Akta Penagihan Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan (R&P) 1983 Pindaan 1988.
"Kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri dari pusat berkenaan pada 17 Oktober lalu selepas solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.
"Bagaimanapun mereka berjaya ditahan pada hari sama di sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Long beberapa kilometer dari pusat berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Norhayati berkata, hukuman terhadap suspek yang berasal dari Jerteh dan Kuala Krai itu bermula pada tarikh pertuduhan dibuat iaitu 19 November 2018. Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lelaki dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 3(1) APD 1983 selepas didapati positif methamphetamine.
Pemuda berusia 33 tahun itu diarahkan menjalani hukuman pengawasan di AADK Hulu Selangor selama dua tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!