Korban apartmen runtuh di Rusia meningkat 37 orang

 Runtuhan apartmen di bangunan 10 tingkat di bandar Magnitogorsk meragut 37 nyawa setakat ini. - Foto AFP
Runtuhan apartmen di bangunan 10 tingkat di bandar Magnitogorsk meragut 37 nyawa setakat ini. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - RUSIA . Jumlah kematian susulan tragedi apartmen runtuh akibat letupan gas pada malam Tahun Baharu lalu meningkat kepada 37 dengan empat mangsa lagi disahkan masih hilang.

Pihak berkuasa berkata, antara mangsa maut dalam insiden runtuhan apartmen di bangunan 10 tingkat di bandar Magnitogorsk itu termasuk enam kanak-kanak, manakala enam lagi berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat terpaksa meredah cuaca sejuk sehingga paras beku untuk mencari mangsa di celah runtuhan konkrit dan besi, namun tiada mangsa terselamat ditemui sejak Selasa lalu.

Apartmen era Soviet itu menempatkan 1,100 penghuni dan kejadian terbabit menyebabkan puluhan penduduk hilang tempat tinggal . - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!