Cubaan PATI melarikan diri gagal

Anggota imigresen melakukan pemeriksa terhadap Pati yang ditahan dalam operasi itu. - Foto Imigresen
Anggota imigresen melakukan pemeriksa terhadap Pati yang ditahan dalam operasi itu. - Foto Imigresen
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba melarikan diri melalui siling kediaman mereka gagal apabila dicekup oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam satu operasi di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Klang, Selasa lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 177 PATI melibatkan warga Bangladesh, Indonesia, Nepal, Kemboja, India, Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka.ditahan atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 50 an.

"Sebanyak 149 rumah dan seramai 253 penghuni pangsapuri terbabit diperiksa menerusi operasi terbabit," katanya.

Antara Pati yang cuba meloloskan diri melalui siling rumah sewaktu serbuan oleh pihak JIM di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Klang. - Foto Imigresen
Antara Pati yang cuba meloloskan diri melalui siling rumah sewaktu serbuan oleh pihak JIM di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Klang. - Foto Imigresen

Mengulas lanjut, Khairul berkata, beberapa PATI turut dikesan menggunakan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan kad identiti khas, MyRC yang disyaki palsu.

Beliau berkata, mereka juga mengaku membayar sebanyak RM200 kepada ejen bagi mendapatkan kad tersebut.

"Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tahanan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, sepanjang Januari hingga 23 Oktober tahun ini, JIM telah menahan seramai 43,476 PATI atas pelbagai kesalahan dan jumlah tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu seramai 14,629 orang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!