Halangan laut Israel
TEL AVIV - ISRAEL . Tentera Israel hampir menyiapkan 'halangan laut' di luar pantai Genting Gaza di bawah langkah untuk terus mengetatkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.
Awal minggu lalu, stesen TV, Channel 10 melaporkan struktur sepanjang 200 meter itu akan menyekat sebarang kemungkinan terhadap kemasukan ke Israel melalui jalan laut.
Halangan antara pantai Israel dan kawasan operasi kapal laut tentera rejim Zionis itu dibina menggunakan batu dan konkrit serta sistem sensor.
Difahamkan, projek pembinaan itu bermula pada Mei lalu.
Israel mula mengenakan sekatan di darat, laut dan udara ke atas wilayah Gaza pada 2007 selepas Hamas memenangi pilihan Raya Palestin pada masa tersebut. - Press TV
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!