Batu 500kg jatuh di Paya Terubong

Batu seberat 500kg yang terjatuh di Paya Terubong malam tadi.
Batu seberat 500kg yang terjatuh di Paya Terubong malam tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah batu besar seberat 500 kilogram (kg) terjatuh ketika hujan lebat di Paya Terubong di sini kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Difahamkan Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu yang menyebabkan kemalangan melibatkan sebuah kereta.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku berdekatan dengan Flat Green Garden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Batu tersebut telah dialihkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menggunakan teknik 'winching'.

Batu tersebut telah dialihkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi.
Batu tersebut telah dialihkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi.

Pada ketika ini, keadaan trafik telah pulih sepenuhnya.

Jarak lokasi kejadian tersebut dengan lokasi tanah runtuh Bukit Kukus yang berlaku tahun lalu hanya kira-kira 1 kilometer.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!