Bahaya urut bengkak kanser limfoma

KANSER limfoma dikatakan boleh terkena kepada sesiapa.
KANSER limfoma dikatakan boleh terkena kepada sesiapa.
A
A
A

ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

SOALAN 1

DOKTOR, kakak saya disahkan menghidap limfoma tahap dua. Saya juga takut mendapat penyakit itu. Saya ingin bertanya, adakah cara supaya saya dapat mengelak daripada penyakit tersebut? Jika bengkak limfoma itu diurut, bolehkah ia mengundang masalah pada kemudian hari?

- GADIS BINGUNG, INTAN ATHIRAH AHMAD, 27, NILAI, NEGERI SEMBILAN

JAWAPAN:

UNTUK pengetahuan Cik Intan dan pembaca, limfoma adalah sejenis kanser kelenjar. Ia bukan penyakit keturunan atau penyakit berjangkit. Risiko untuk Cik Intan menghidap limfoma sama dengan kebanyakan orang, termasuklah saya.

Kebiasaannya penyakit itu bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kelenjar terdapat pada banyak bahagian tubuh badan manusia antaranya leher, ketiak, perut dan kelengkang kaki.

Kelenjar yang bengkak selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman. Pun begitu, jika bengkaknya berterusan melebihi seminggu, keras dan tidak sakit, pesakit mesti mendapatkan rundingan kesihatan dengan doktor. Kalau bengkak hanya dalam tempoh singkat, barangkali tiada masalah.

Perhatikan tanda-tanda penyakit limfoma selain daripada bengkak kelenjar limfa yang tidak sakit seperti demam berpanjangan, hilang selera makan dan penurunan berat badan yang mendadak.

Artikel Berkaitan:

Kadangkala ada juga yang rasa tidak bertenaga kerana kekurangan darah dan hilang selera makan. Ada pula mengalami kegatalan kulit.

Ujian makmal

Lazimnya selepas pemeriksaan keseluruhan badan pesakit, ia akan diikuti dengan beberapa ujian makmal.

Untuk mengetahui sama ada kelenjar yang bengkak tersebut adalah disebabkan oleh limfoma atau lain-lain seperti jangkitan kuman (contohnya Tuberculosis), ujian biopsi kelenjar limfa atau tisu mahupun organ yang berkaitan perlu.

Doktor akan mengambil sampel tisu kelenjar dalam jumlah yang kecil dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.

Ujian darah, fungsi hati dan buah pinggang serta Lactose dehydrogenase (LDH) antara yang akan dijalankan. Kadar LDH yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa kanser pada tahap aktif.

Kadangkala imbasan CT atau PET scan juga dibuat. Ujian imbasan itu penting untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan kelenjar yang terlibat dalam tubuh badan dan juga saiz ketumbuhan. Imbasan itu boleh menentukan tahap kanser dan membantu dalam proses rawatan dan prognosis.

Pemeriksaan sumsum tulang juga boleh digunakan. Ujian itu ada masanya juga perlu dibuat sebagai penentuan tahap kanser. Prosedur itu melibatkan pengambilan sampel sumsum tulang. Sekiranya sumsum tulang terlibat, itu menandakan kanser berada pada tahap empat.

Apapun, sebaiknya Cik Intan jangan risau. Pemeriksaan kesihatan merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser pada peringkat awal.

Untuk pengetahuan, limfoma adalah kanser darah yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal melalui ujian saringan.

Justeru, pengesanan awal amat penting terutama mereka yang berisiko tinggi. Cuma penghidap kanser termasuk limfoma jika dikesan hanya pada peringkat akhir, mungkin menyebabkan ia sukar dirawat.

Boleh saya tahu apakah tujuan Cik Intan mengurut bengkak limfoma tersebut? Sekiranya untuk tujuan perubatan, tiada fakta yang mengatakan ia berkesan.

Pada pendapat saya, bengkak limfoma tidak memerlukan urutan kerana ia boleh memberi kesakitan ataupun luka yang boleh mengundang jangkitan kuman.



TIADA fakat mengatakan mengurut limfoma berkesan memberi kesembuhan.
TIADA fakat mengatakan mengurut limfoma berkesan memberi kesembuhan.



Tidak boleh makan makanan berasaskan soya?

SOALAN 2

DOKTOR, saya disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Memang sedih, tetapi saya reda kerana hidup harus diteruskan. Saya jadi keliru apabila ramai mengatakan ada makanan tertentu terutama berkaitan soya tidak boleh dimakan seperti tauhu dan tempe. Benarkah doktor? Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan sebenarnya?

- JEJAKA RUNSING, RUSLI AHMAD, 35, AMPANG, SELANGOR

JAWAPAN:

TUAN, pada pendapat saya, kebanyakan pesakit kanser kurang selera makan disebabkan kanser tersebut atau rawatan kemoterapi untuk membunuh kanser.

Pesakit perlukan makanan berkhasiat yang mengandungi cukup protein, karbohidrat, zat vitamin dan mineral bagi membantu badan pulih kembali dan juga melawan kemungkinan serangan jangkitan kuman.



MAKANAN berasaskan soya didakwa tidak boleh dimakan oleh pesakit kanser.
MAKANAN berasaskan soya didakwa tidak boleh dimakan oleh pesakit kanser.

Nasihat saya, cuba makan makanan berkhasiat yang dimasak sepenuhnya. Elakkan mengambil makanan separuh masak seperti sushi atau susu segar yang belum dirawat.

Selain itu, elakkan juga makanan tambahan yang kita tidak tahu tahap keselamatan atau kesan sampingannya.

Sebaiknya juga tidak makan makanan diproses atau junk food termasuk daging diproses. Hati-hati juga dengan pengambilan minuman ringan yang biasanya banyak gula ataupun berkarbonat yang boleh memberikan mudarat kepada pesakit kanser.

Profil

Dr Norfaizal Abd Latiff

Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Hematologi Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani

DR NORFAIZAL
DR NORFAIZAL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!