Polis British belum sahkan 39 mayat warga China

Pihak berkuasa Britain masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua 39 mangsa.
Pihak berkuasa Britain masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua 39 mangsa.
A
A
A
BEIJING - Polis Britain belum mengesahkan 39 mayat mangsa yang ditemukan dalam sebuah trak berhampiran London adalah warga China.

Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Luar China hari ini selepas seorang pegawai konsular turut ke Essex semalam sehari selepas penemuan menggemparkan di dalam peti sejuk sebuah trak yang diparkir di kawasan perindustrian di Grays kelmarin.

Sebelum ini, polis mendakwa kesemua mereka termasuk lapan wanita dipercayai warga China dan trak itu dilaporkan tiba selepas menaiki sebuah feri dari Belgium.

"Polis British sedang mengenal pasti identiti mangsa, namun belum mengesahkan sama ada mereka rakyat China atau tidak," kata kementerian itu.

Sementara itu, pegawai konsular, Tong Xuejun mengesahkan beliau telah bertemu dengan pihak berkuasa.
Artikel Berkaitan:


"Kami menggesa polis British untuk mencari kebenaran dan kami akan memaklumkan perkembangan insiden itu kepada media," ujar Xuejun.

Difahamkan, pemandu trak tersebut telah ditahan atas tuduhan membunuh.

Pada 2000, seramai 58 imigran ditemukan bersembunyi dalam sebuah trak Belanda di pelabuhan Dover dan hanya dua daripada mereka dilaporkan terselamat. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!