Budak hampir maut lidi tajam tertusuk otak

Lidi tersebut menembusi 5 sentimeter ke bahagian otak kanak-kanak tersebut yang hampir membunuhnya.
Lidi tersebut menembusi 5 sentimeter ke bahagian otak kanak-kanak tersebut yang hampir membunuhnya.
A
A
A

CHINA - Seorang budak lelaki berusia dua tahun menderita kesakitan apabila lidi tertusuk ke dalam mulutnya sehingga ke bahagian otak selepas dia terjatuh ketika menikmati sosej dibelinya.

Menurut laporan media tempatan, ketika kejadian, ibunya membelikan kanak-kanak terbabit sebatang sosej goreng di tepi jalan di bandar Quijing, di sini ketika mereka keluar bersama membeli barang pada 20 Oktober lalu, lapor Oriental Daily

Bagaimanapun, ketika sedang menikmati makanan segera tersebut, dia tiba-tiba terjatuh menyebabkan lidi kayu yang dibaluti sosej tersebut tercucuk ke dalam mulutnya dan mengenai otaknya.

Pembedahan terbabit yang memakan masa tiga jam berjaya dilakukan dan kini kanak-kanak tersebut berada di bawah pemantauan pihak hospital.
Pembedahan terbabit yang memakan masa tiga jam berjaya dilakukan dan kini kanak-kanak tersebut berada di bawah pemantauan pihak hospital.

"Kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dibawa ke hospital selepas sukar bernafas. Tujuh pakar hospital yang melakukan pembedahan memerlukan tiga jam untuk mengeluarkan lidi tersebut.

"Namun, keadaan kanak-kanak tersebut masih kritikal kerana lidi tersebut telah menembusi terlalu jauh ke dalam sehingga menyebabkan kanak-kanak itu demam kerana bakteria yang merebak ke dalam otaknya," kata laporan tersebut.

Pakar pediatrik berkata, lidi tersebut menembusi 5 sentimeter ke dalam otak kanak-kanak tersebut dan jika melebihi daripada itu, kanak-kanak itu akan maut serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak tersebut kini di bawah pemantauan doktor.
Kanak-kanak tersebut kini di bawah pemantauan doktor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!